Negara Asia Tenggara perlu bekalan vaksin lebih banyak - Utusan Malaysia

Negara Asia Tenggara perlu bekalan vaksin lebih banyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah menggesa negara-negara di Asia Tenggara diberikan lebih banyak bantuan vaksin Covid-19 akibat lonjakan kes jangkitan serta kematian yang berpunca daripada penularan varian Delta.

Dalam beberapa minggu lalu, wilayah serantau itu merekodkan kes kematian paling tinggi di peringkat global akibat jangkitan yang semakin melonjak sehingga melumpuhkan sistem penjagaan kesihatan.

Pengarah Persekutuan itu bagi Asia Pasifik, Alexander Matheou berkata, faktor itu juga disebabkan program vaksinasi yang lembap.

“Lonjakan kes Covid-19 yang didorong oleh penularan varian Delta menyebabkan ramai mangsa terkorban di Asia Tenggara,” katanya.

Vietnam, Thailand dan Indonesia merupakan antara negara di Asia Tenggara yang menyaksikan jumlah jangkitan wabak serta kes kematian yang tinggi.

Negara-negara maju seperti Kanada, Sepanyol dan Britain menyaksikan jumlah populasi yang sudah divaksin sepenuhnya adalah 60 peratus, sementara, negara Asia Tenggara masih jauh ketinggalan.

Buktinya, negara paling ramai populasi penduduk di rantau itu iaitu Indonesia dan Filipina hanya merekodkan 10 hingga 11 peratus, serta Vietnam di bawah dua peratus. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN