MV Asphalt Princess dirampas di luar perairan UAE - Utusan Malaysia

MV Asphalt Princess dirampas di luar perairan UAE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUSCAT: Sebuah kapal yang mengibarkan bendera Panama dilaporkan telah dirampas oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Teluk Oman.

Lapor BBC, kapal tangki yang membawa muatan bitumen diarahkan untuk berlayar ke Iran.

Laman perisikan industri, Lloyds List mengesahkan insiden tersebut.

Menurutnya, kapal MV Asphalt Princess sedang menuju ke Selat Hormuz.

Setakat ini, tidak pasti pihak yang merampas kapal tangki itu namun penganalisis menyatakan pasukan Iran disyaki melakukannya.

Pengawal Revolusi Iran menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai `tindakan bermusuhan’ terhadap Teheran.

Insiden itu berlaku beberapa minggu selepas sebuah kapal tangki minyak yang dikendalikan oleh syarikat milik Israel diserang oleh dron di Oman sehingga mengorbankan dua pengawal keselamatan.

Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Israel menyalahkan Iran bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Menurut wartawan BBC, Frank Gardner, MV Asphalt Princess dimiliki oleh sebuah syarikat berpangkalan di Dubai yang mana sebuah kapalnya dirampas oleh pengawal revolusi dua tahun lalu.

Katanya, berdasarkan beberapa laporan, lebih sembilan lelaki bersenjata menaiki MV Asphalt Princess ketika kapal itu menghampiri Selat Hormuz.

Seorang jurucakap dari Pejabat Luar UK memaklumkan pihaknya sedang menyiasat laporan kejadian membabitkan sebuah kapal di pesisir Emiriah Arab Bersatu (UAE). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya