Murid perempuan kembali ke sekolah selepas Taliban ambil alih negara - Utusan Malaysia

Murid perempuan kembali ke sekolah selepas Taliban ambil alih negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Selepas pergolakan dan pertempuran berlaku di Afghanistan, kini kanak-kanak di negara itu sudah mula kembali ke sekolah sehari selepas Taliban mengambil alih pentadbiran.

Kanak-kanak dilihat memakai tudung berwarna putih dan jubah hitam di bandar Herat yang terletak di barat Afghanistan.

Golongan wanita dan kanak-kanak perempuan dilihat bebas berjalan di luar untuk menuju ke sekolah dan kolej.

Seorang murid, Roqia berkata, dia mahu keadaan di negaranya kembali pulih dan membangun seperti negara lain.

“Kami harap Taliban dapat memastikan kawalan keselamatan di negara ini. Kami tidak mahu peperangan dan hanya menginginkan keamanan di negara ini,” luahnya. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN