Model wanita seksi diserang harimau bintang - Utusan Malaysia

Model wanita seksi diserang harimau bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Sebuah sesi penggambaran bertukar menjadi detik cemas apabila seorang model berusia 36 tahun diserang oleh harimau bintang di timur Jerman.

Lapor BBC, model wanita itu mengalami kecederaan serius di bahagian kepala di dalam kandang yang menempatkan dua ekor harimau bintang, Troy dan Paris.

Pihak polis berkata, mangsa yang dikenali sebagai Jessica Leidolph dibawa ke hospital.

Pihak berkuasa Burgenland mendapati tiada sebarang ancaman bahaya terhadap haiwan itu dan siasatan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar serangan di kandang haiwan di Nebra, Saxony-Anhalt.

Akhbar tabloid, Bild melaporkan tujuan sesi penggambaran itu diadakan belum dapat dikenal pasti dan pihak yang bertanggungjawab mengendalikan sesi itu.

Berdasarkan laman web, wanita itu memiliki kuda, kucing, burung kakak tua dan merpati.

Pemilik tempat itu enggan memberikan sebarang komen.

Haiwan yang ditempatkan di kawasan itu pernah muncul dalam filem, televisyen dan iklan seperti filem Game of Thrones dan iklan BMW.

Troy dan Paris dikatakan digunakan bagi iklan komersial TV plasma.

Kumpulan Hak Asasi Haiwan, Peta menegaskan harimau perlu disimpan di pusat penyelamat yang dikenali dan tidak boleh dieksploitasi bagi tujuan komersial.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya