Lelaki bunuh Robert F Kennedy dibebaskan dengan parol - Utusan Malaysia

Lelaki bunuh Robert F Kennedy dibebaskan dengan parol

SIRHAN SIRHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Lelaki yang disabit kesalahan kerana menembak mati Robert F Kennedy dalam satu insiden pada 1968, dibebaskan dengan parol semalam.

Sirhan Sirhan, 77, pernah mencuba sebanyak 15 kali untuk membebaskan diri daripada hukuman penjara seumur hidup yang dikenakan terhadapnya kirakira lima dekad lalu.

Bagaimanapun, keputusan undian oleh panel Lembaga Parol California itu tidak akan membebaskan Sirhan secara automatik.

Sebaliknya, keputusan tersebut tertakluk kepada semakan selama tiga bulan sebelum diserahkan kepada Gabenor California, Gavin Newsom.

Kennedy yang juga adik kepada bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), John F Kennedy, ditembak mati di sebuah hotel di sini ketika beliau berkempen untuk pencalonan presiden bagi mewakili parti Demokrat.

Sirhan disabitkan kesalahan dan dihukum mati pada 1969 selepas mengaku bersalah atas tuduhan membunuh.

Namun beberapa tahun kemudian, hukuman matinya ditukar kepada penjara seumur hidup. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya