Kejayaan ini adalah pengajaran untuk penceroboh - Taliban - Utusan Malaysia

Kejayaan ini adalah pengajaran untuk penceroboh – Taliban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Taliban sekali lagi menegaskan pendirian bahawa kumpulan itu bersedia untuk menjalin hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS) dan dunia.

Perkara itu disampaikan oleh jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid ketika bercakap kepada media di lapangan terbang Kabul, hari ini.

“Tahniah kepada Afghanistan. Kejayaan ini adalah milik kita semua.

“Kejayaan ini juga dilihat sebagai ‘pengajaran buat penceroboh’,” katanya.

Pasukan tentera terakhir AS meninggalkan negara ini semalam, sekali gus menamatkan misi ketenteraan selama 20 tahun di Afghanistan.

Pengunduran tentera AS awal sehari daripada tarikh yang diberikan Presiden Joe Biden sebelum ini.

Lebih 123,000 orang termasuk rakyat asing dan penduduk Afghanistan dibawa keluar dari negara ini sejak Taliban mengambil alih tampuk kerajaan pada 14 Ogos lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya