Kanak-kanak lelaki Palestin 12 tahun maut terkena tembakan Zionis - Utusan Malaysia

Kanak-kanak lelaki Palestin 12 tahun maut terkena tembakan Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Seorang kanak-kanak lelaki Palestin berusia 12 tahun yang cedera ditembak oleh tentera Zionis dalam pertempuran di Gaza pada minggu lalu dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaannya.

Agensi berita Wafa melaporkan, Omar Hassan Abu al-Nile terkena tembakan dalam pertempuran antara penduduk Palestin dengan tentera Israel pada Sabtu lalu.

Kementerian Kesihatan Gaza dalam kenyataan memberitahu, Omar mengalami kecederaan serius dan selepas bertarung nyawa selama seminggu, akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir.

Pertempuran yang berlaku pada 21 Ogos itu juga menyaksikan 40 orang cedera termasuk seorang lelaki Palestin yang maut akibat terkena tembakan pada Rabu lalu.

Seorang anggota tentera Israel turut terkena tembakan dan keadaannya dilaporkan kritikal. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN