JAKARTA: Seorang wanita menjual rumahnya sendiri dengan harga yang sangat murah iaitu 1 juta rupiah (RM294).
Lapor Suara.com, rumah itu dijual atas alasan dia tidak selesa dengan jiran tetangga di sebelahnya.
Seorang lelaki yang datang berjumpa wanita itu berasa terkejut dengan harga yang ditawarkan dan melihat keadaan di sekeliling rumah.
Dia terkejut apabila ‘jiran tetangga’ yang dimaksudkan oleh wanita itu adalah beberapa kubur yang terletak di bersebelahan rumah.
Lelaki itu kemudian membatalkan niat untuk membeli rumah tersebut.
Rumah yang ingin dijual itu sebenarnya terletak berdekatan dengan tanah perkuburan.










