Jepun kenang ulang tahun ke-76 pengeboman Hiroshima - Utusan Malaysia

Jepun kenang ulang tahun ke-76 pengeboman Hiroshima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Penduduk Jepun, mangsa terselamat serta delegasi luar menghadiri acara memperingati ulang tahun ke-76 serangan bom atom pertama di Hiroshima.

Orang ramai yang hadir berpakaian serba hitam dengan memakai pelitup muka dalam suasana majlis sederhana mengikut protokol mencegah penularan Covid-19.

Acara itu turut disiarkan secara langsung dan dimulakan dengan upacara bertafakur pada pukul 8.15 pagi iaitu semasa bom atom pertama digugurkan di bandar itu.

Datuk Bandar Hiroshima, Kazumi Matsui menggesa pemimpin dunia berusaha menghapuskan senjata nuklear secara serius.

“Senjata nuklear adalah ancaman paling utama masyarakat dunia. Pengalaman lalu mengajar kita bahawa ancaman pihak lain atas alasan mempertahankan diri adalah tidak masuk akal,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam acara bersejarah itu.

Pengeboman yang dilakukan Amerika Syarikat (AS) pada 6 Ogos 1945 mengorbankan sekurang-sekurangnya 140,000 nyawa dan memusnahkan seluruh bandar Hiroshima. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya