Israel tak benarkan tahanan sarat mengandung, lahirkan anak luar penjara - Utusan Malaysia

Israel tak benarkan tahanan sarat mengandung, lahirkan anak luar penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Pihak berkuasa Israel enggan membebaskan seorang tahanan Palestin yang sarat mengandung sembilan bulan dan dijangka melahirkan bayinya di dalam penjara.

Keluarga wanita itu membuat rayuan kepada badan antarabangsa supaya masuk campur bagi membolehkan Anhar al-Deek, 25, melahirkan anak di luar penjara.

Wanita yang berasal dari pekan Kafr Ni’ma, barat Ramallah itu mengirimkan sepucuk surat kepada keluarganya supaya badan hak asasi manusia dapat mengambil tindakan terhadap tindakan pemenjaraannya.

“Apa yang saya perlu buat sekiranya melahirkan anak sedangkan berjauhan dari anda (keluarga).

“Tangan saya bergari dan anda tahu kesukaran melahirkan anak dengan kaedah pembedahan caesarean di luar penjara. Bagaimana saya perlu lalui peristiwa ini sedangkan saya berseorangan di dalam penjara,” luahnya.

Wanita Palestin itu berkata, pihak penjara Israel akan menahannya dalam sel bersendirian selepas melahirkan anak.

Anhar ditahan tentera Israel selepas didakwa cuba melakukan serangan tikaman di sebuah penempatan Israel yang dibina berhampiran bandar yang didiaminya, lima bulan lalu.

Suaminya hanya dibenarkan sekali melawat isterinya sepanjang berada dalam penjara.

Ibu mangsa, Aisha memberitahu Anadolu Agency, anak perempuannya dilanda masalah psikologi dan tekanan emosi.

Katanya, dia sudah menghubungi organisasi hak asasi manusia dan kedutaan asing bagi memberikan tekanan kepada pihak berkuasa Israel supaya memberikan hak kepada wanita itu melahirkan bayi di luar penjara.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya