GAZA: Negara haram Israel mula bertindak melulu apabila menghalang kemasukan 34 jenis barangan ke Semenanjung Gaza.
Lapor Quds Network, kesemua barangan itu sebenarnya sudah diluluskan oleh pihak berkuasa Israel, Khamis lalu, bagi urusan import dan eksport barangan ke wilayah itu.
Namun, keputusan mengejut Israel itu dilakukan hanya sehari sebelum tarikh tamat keputusan lama.
Sekatan barangan itu termasuk peralatan muzik, telefon bimbit, komputer, mesin cetak, kelengkapan bunyi, aksesori komputer, kamera, permainan eletronik bagi kanak-kanak serta produk lain.
Halangan itu menafikan hak lebih dua juta penduduk Palestin untuk menggunakan barangan keperluan harian mereka.










