Giliran Jepun tutup kedutaan di Afghanistan - Utusan Malaysia

Giliran Jepun tutup kedutaan di Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Jepun menjdi negara seterusnya yang menutup pejabat kedutaan di Kabul berikutan konflik yang berlaku dan 12 petugas kedutaan yang berkhidmat di sana sudah pun meninggalkan negara tersebut.

Kementerian Luar Jepun menerusi satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat susulan bimbang dengan keadaan keselamatan di negara tersebut selepas Taliban menguasai Afghanistan

“12 petugas kedutaan Jepun di Kabul sudah pun keluar meninggalkan negara itu menerusi pesawat tentera dan kini mereka berada di Dubai.

“Mana-mana rakyat Jepun yang masih berada di Afghanistan juga dinasihatkan supaya meninggalkan negara itu segera,” jelas kenyataan tersebut. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN