Eropah diselubungi api, asap, kebakaran hutan makin kritikal - Utusan Malaysia

Eropah diselubungi api, asap, kebakaran hutan makin kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Puluhan perkampungan yang terletak di kawasan pelancongan di selatan Turki terpaksa dipindahkan ketika kebakaran hutan yang meragut lapan nyawa kini memasuki hari kelima.

Kebakaran hutan turut melanda di negara Greece, Itali dan Sepanyol.

TURKI berdepan kebakaran terburuk dalam tempoh kira-kira sedekad lalu, dengan hampir 95,000 hektar musnah terbakar setakat ini pada tahun ini berbanding purata 13,516 pada waktu sama antara 2008 dan 2020.

CNN melaporkan, sebuah kejiranan di bandar pelancongan Bodrum dipindahkan ketika angin kencang menyebabkan api marak dari daerah Milas yang berdekatan.

Jelas laporan itu, seramai 540 penduduk dipindah menggunakan bot kerana tidak dapat melalui jalan raya.

Penduduk juga dipindahkan dari bandar pusat peranginan Antalya dan dua mayat ditemukan di wilayah itu semalam.

Di GREECE, kebakaran besar berlaku berhampiran Patras di barat negara ini pada awal pagi Sabtu.

Sebanyak lima kampung telah dipindahkan dan lapan orang dimasukkan ke hospital kerana mengalami luka melecur serta masalah pernafasan di wilayah itu yang masih diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Kebakaran itu memusnahkan sekitar 30 rumah, kawasan pertanian dan kandang di kampung Ziria, Kamares, Achaias dan Labiri.

Berdasarkan data dari EU, sebanyak 13,500 hektar musnah terbakar di Greece berbanding purata 7,500 ketika ini pada tahun 2008 dan 2020.  

ITALI sekali lagi dilanda kebakaran selepas lebih 20,000 hektar hutan, kebun zaitun dan tanaman musnah akibat kebakaran di Sardinia pada hujung minggu lalu.

Menurut pasukan bomba Itali, lebih 800 kebakaran direkodkan terutamanya di bahagian selatan pada hujung minggu ini.

Di SEPANYOL, puluhan anggota bomba dengan sokongan pesawat pemadam cuba memadamkan kebakaran hutan yang berlaku Sabtu lalu berhampiran kolam takungan air San Juan, kira-kira 70 kilometer ke timur Madrid.

Menurut bomba, mereka berjaya mengawal kebakaran itu semalam namun pihak berkuasa tempatan menggesa orang ramai menjauhkan diri dari kolam takungan tersebut yang merupakan destinasi pelancongan terkenal. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya