Dua polis maut dalam letupan tepi jalan di Pakistan - Utusan Malaysia

Dua polis maut dalam letupan tepi jalan di Pakistan

SEORANG anggota polis yang cedera, sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Quetta, barat daya Pakistan. - XINHUA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya dua anggota polis terbunuh dan puluhan orang cedera dalam satu letupan di Quetta di ibu kota Balochistan di barat daya Pakistan.

Lapor Al Jazeera, jurucakap kerajaan Balochistan, Liaquat Shahwani menerusi kenyataan mengesahkan perkara itu.

Jurucakap jabatan kesihatan wilayah, Wasim Baig berkata, seramai 21 orang termasuk 12 anggota polis mengalami kecederaan dalam insiden itu.

“Mangsa cedera dipindahkan ke Hospital Awam di bandar ini,” kata seorang pegawai kanan polis.

Shahwani berkata, empat orang awam juga cedera dalam letupan yang menyasarkan van di Tanzeem Square berhampiran Hotel Serena.

Bom yang diletakkan dalam motosikal, meletup berhampiran van yang sesak dengan anggota polis.

Seorang pegawai polis tempatan berkata, tingkap bangunan berhampiran berkecai akibat letupan itu.

Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas kejadian itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN