Dua juta penduduk diarah berpindah di Jepun, 44 pula maut di Turki - Utusan Malaysia

Dua juta penduduk diarah berpindah di Jepun, 44 pula maut di Turki

KERJA-kerja mengalihkan runtuhan ekoran tanah runtuh akibat hujan lebat di bandar Kanzaki, Saga, Jepun. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Hampir dua juta penduduk digesa berpindah dari rumah mereka akibat hujan lebat di beberapa kawasan di Jepun. 

Lapor BBC, amaran hujan lebat tahap berbahaya dikeluarkan di beberapa kawasan termasuk Fukuoka dan Hiroshima. 

Lebih 150 anggota tentera, polis dan bomba dihantar menjalankan operasi menyelamat di kawasan terjejas. 

“Pihak berkuasa melakukan usaha mencari penduduk dengan berhati-hati, sambil memantau kebarangkalian tanah runtuh yang akan berlaku lagi akibat hujan tidak berhenti,” kata pegawai tempatan. 

Bahagian barat di negara itu paling teruk terjejas akibat hujan lebat dan cuaca tersebut dijangka berlarutan dalam beberapa hari. 

Dalam perkembangan lain di Turki, sekurang-kurangnya 44 maut akibat banjir di utara Laut Hitam. 

Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) berkata, seramai 36 mangsa mati akibat banjir di daerah Kastamonu merangkumi Bozkurt, sementara, tujuh mangsa lain meninggal dunia di Sinop dan satu lagi di Bartin. 

Rakaman gambar Reuters menunjukkan bandar Bozkurt paling teruk terjejas dan anggota keselamatan masih berusaha mencari mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan.

Fenomena alam itu merupakan bencana kedua yang melanda Turki bulan ini. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya