NEW DELHI: Seorang wanita bertindak memotong rambut wanita lain kerana mencurigai dia mempunyai hubungan sulit dengan suaminya.
Lapor India Today, pihak polis memberkas empat orang berhubung kejadian yang berlaku di Gujarat Surat.
Menurut polis, seorang yang ditahan adalah wanita yang menuduh mangsa mempunyai skandal dengan suaminya, sementara, tiga individu lain memalukan mangsa di khalayak ramai.
Mangsa yang berusia 19 tahun itu datang dari Madhya Pradesh ke Surat bagi mencari pekerjaan.
Dia membuat laporan itu selepas dituduh menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang.
Mangsa dikatakan ditarik keluar dari rumahnya dan diserang oleh suspek.








