China lapor 143 kes baharu Covid-19 - Utusan Malaysia

China lapor 143 kes baharu Covid-19

PENDUDUK beratur untuk mendapatkan vaksin Covid-19 di sebuah pusat kesihatan di Rongan, wilayah Guangxi, selatan China. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China melaporkan sebanyak 143 kes Covid-19 baharu di ibu negaranya semalam.

Pihak berkuasa kesihatan China memaklumkam jumlah itu menunjukkan pertambahan berbanding 125 kes Covid-19 dicatatkan sehari sebelumnya.

Menurut pegawai, kluster terbaharu didorong oleh varian Delta yang mudah menular.

Suruhanjaya Kesihatan Nasional menyatakan antara kes jangkitan baharu yang disahkan, sebanyak 108 kes merupakan penularan tempatan manakala selebihnya dari luar negara.

Kebanyakkan kes penularan tempatan dikesan di wilayah timur Jiangsu dan wilayah tengah Henan.

China juga melaporkan sebanyak 38 kes asimptomatik berbanding 39 kes yang dicatatkan sebelumnya.

Negara itu tidak mengklasifikasi jumlah itu sebagai kes yang disahkan.

China melaporkan sebanyak 93,969 kes jangkitan yang disahkan sejak pandemik bermula.

Angka kematian akibat wabak Covid-19 masih kekal pada 4,636 kes. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN