Britain tamatkan operasi pemindahan di Afghanistan hari ini - Utusan Malaysia

Britain tamatkan operasi pemindahan di Afghanistan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Selepas Perancis, Britain juga akan menamatkan operasi pemindahan penduduk dari Afghanistan hari ini.

Perkara itu disahkan oleh jurucakap tentera Britain, Nick Carter dan beliau memohon maaf kerana tidak dapat menyelamatkan semua penduduk Afghanistan yang ingin meninggalkan negara itu.

“Masih ramai penduduk Afghan yang layak mendapat perlindungan di United Kingdom (UK) tidak dapat dibawa keluar dari Kabul.

“Operasi pemindahan akan berakhir hari ini dan kesemua pesawat yang digunakan akan membawa anggota tetera keluar dari Kabul,” katanya.

Sehingga semalam, Kementerian Pertahanan memaklumkan tentera UK sudah memindahkan 14,543 orang dari Kabul sejak 13 Ogos lalu.

Selain itu, Carter memberitahu, ada juga dalam kalangan penduduk Afghanistan yang terlalu takut untuk pergi ke lapangan terbang kerana bimbang dengan insiden tidak diingini, selain berasa penat dengan sistem dokumentasi yang merumitkan.

Katanya, 1,543 yang dipindahkan itu termasuk hampir 8,000 penduduk Afghanistan yang ditawarkan suaka di UK.

Penamatan operasi pemindahan itu menyaksikan 800 hingga 1,100 penduduk Afghanistan yang layak ke UK tidak dapat dibawa keluar, selain 100 hinga 150 rakyat Britain turut terkandas.

Namun, kerajaan Britain berjanji untuk membawa keluar semua rakyatnya dari negara itu dalam tempoh terdekat.

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN