Biden diminta jangan datang upacara peringatan serangan 9/11 - Utusan Malaysia

Biden diminta jangan datang upacara peringatan serangan 9/11

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Keluarga mangsa serangan pengganas 11 September 2001 menegaskan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden tidak perlu menghadiri upacara peringatan tragedi itu selagi beliau tidak mendedahkan dokumen mengenai serangan tersebut.

Lapor BBC, hampir 1,800 orang menandatangani surat menggesa Biden mendedahkan dokumen yang dipercayai mempunyai perkaitan dengan pegawai Arab Saudi.

Keluarga itu berkata, sekiranya Biden menolak permintaan tersebut, beliau tidak perlu datang ke upacara peringatan serangan kali ke-20 bulan depan.

“Kita tidak boleh menerima kehadiran Biden semasa ramai keluarga masih merasai kehilangan, kesakitan dan kecederaan selagi beliau tidak memenuhi tuntutan itu,” kata seorang ahli keluarga menerusi sepucuk surat.

Mereka menggesa Biden supaya tidak menghadirkan diri di tiga tempat semasa kejadian itu berlaku di New York, Virginia dan Pennsylvania.

Keluarga tersebut pernah memfailkan saman terhadap Kerajaan Arab Saudi yang menafikan penglibatan dalam serangan itu.

Hampir 3,000 orang mati akibat serangan 9/11 yang didalangi oleh kumpulan pengganas Al-Qaeda.

Seramai 15 daripada 19 perampas kapal terbang didakwa merupakan rakyat Arab Saudi.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya