Bekas Duta Indonesia ke Malaysia lancar Super Air Jet - Utusan Malaysia

Bekas Duta Indonesia ke Malaysia lancar Super Air Jet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Syarikat penerbangan baharu, Super Air Jet yang dibentuk pemilik Lion Air Group, Rusdi Kirana memulakan penerbangan sulung semalam, di sebalik pelaksanaan pembatasan sosial masih berkuat kuasa di negara ini.

CNBC Indonesia melaporkan, Super Air Jet memulakan operasi berani ketika banyak syarikat penerbangan lain masih terkesan teruk dengan pandemik Covid-19.

Rusdi Kirana sebelum ini pernah menjadi Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia.

Super Air Jet memulakan operasi bersejarahnya dari Jakarta ke Medan dan Batam.

“Medan dan Batam merupakan kota paling banyak diminati oleh pelancong dan laluan itu mempunyai peluang besar pasaran penerbangan domestik,” jelas Pengarah Utama Super Air Jet, Ari Azhari.

Selain Medan dan Batam, Super Air Jet merancang destinasi lain iaitu Palembang, Padang dan Pontianak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN