Bayi penghias kulit album Nirvana tuntut ganti rugi RM630,000 - Utusan Malaysia

Bayi penghias kulit album Nirvana tuntut ganti rugi RM630,000

SPENCER ELDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang lelaki yang pernah menghiasi gambar kulit album ‘Nevermind’ milik kumpulan terkenal, Nirvana semasa dia masih bayi membuat tuntutan ganti rugi sebanyak AS$150,000 (RM630,000).

Ganti rugi itu dituntut daripada setiap defendan termasuk Universal Music Group, jurugambar, Kirk Weddle, pemain dram Nirvana Dave Grohl, pemain bass Nirvana, Krist Novoselic dan Courtney Love iaitu balu kepada penyanyi utama Nirvana, Kurt Cobain, yang meninggal dunia pada 1994.

Lapor BBC, Spencer Elden mendakwa gambar yang digunakan oleh Nirvana pada 1991 itu melanggar undang-undang dan tidak mendapatkan persetujuan daripada kedua-dua ibu bapanya.

Katanya, tuntutan itu dibuat atas kesalahan mengeksploitasi kanak-kanak kerana dirinya ditayangkan dalam keadaan berbogel di dalam gambar tersebut.

Elden yang kini berusia 30 tahun mendedahkan ibu bapanya tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian bagi membenarkan gambarnya digunakan pada kulit album tersebut.

Peguam lelaki itu, Robert Y. Lewis malah menjelaskan wang kertas AS yang diletakkan dalam gambar itu memberi mesej bayi itu seperti ‘buruh seks’.

Bagaimanapun, gambar bayi yang tidak diseksualkan secara am tidak dikategorikan sebagai pornografi kanak-kanak berdasarkan undang-undang Amerika Syarikat (AS).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN