SINGAPURA: Wildlife Reserves Singapore (WRS) mengumumkan kelahiran bayi panda pertama seberat 200 gram di River Safari, semalam.
Lapor Channel News Asia, bayi itu merupakan cahaya mata pertama kepada pasangan panda Kai Kai dan Jia Jia yang kali pertama tiba di Singapura pada 2012.
Jantina bayi itu akan diumumkan kemudian.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif WRS, Dr. Cheng Wen Haur berkata, kehamilan dan kelahiran pertama bayi panda merupakan pencapaian penting bagi pihaknya dalam menjaga spesies yang terancam di Singapura.
“Ini adalah hasil rawatan haiwan yang baik, dibantu dengan ilmu pembiakan dan ketekunan pihak kakitangan serta nasihat pakar panda dari Cina.
“Usaha itu akan diteruskan dengan memberikan sokongan kepada ibu panda itu untuk membesarkan anak yang baru lahir,” jelasnya.










