Banjir di China: Lima bandar diisytiharkan zon merah - Utusan Malaysia

Banjir di China: Lima bandar diisytiharkan zon merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sebanyak lima bandar di wilayah Hubei diisytiharkan sebagai zon amaran merah selepas hujan lebat melanda kawasan itu sehingga mengakibatkan 21 maut dan memaksa hampir 6,000 penduduk berpindah.

Lapor media tempatan, kes kematian itu direkodkan di pekan Liulin, bahagian bandar Suizhou di utara wilayah tersebut.

Agensi berita Xinhua melaporkan, lebih 2,700 rumah dan premis perniagaan mengalami kerosakan dan terputus bekalan elektrik akibat banjir.

Pengangkutan dan komunikasi juga terjejas.

Lapor akhbar Global Times, taburan hujan di beberapa pekan di Suizhou melebihi 100 milimeter (mm) bermula petang Rabu sehingga pagi Khamis yang mencetuskan banjir tersebut.

Beberapa premis perniagaan di sepanjang tepi jalan dilaporkan banjir dengan air mencecah hingga tingkat dua.

Pihak berkuasa keselamatan Hubei berkata, bekalan elektrik dan air terputus di wilayah tersebut.

Pasukan penyelamat dikerahkan ke beberapa kawasan terjejas teruk dengan bencana itu termasuk bandar Suizhou, Xiangyang dan Xiaogan, jelas Kementerian Pengurusan Kecemasan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN