AS bakal dilanda taufan kategori empat - Utusan Malaysia

AS bakal dilanda taufan kategori empat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Orang ramai mula membuat persiapan untuk berpindah dan membeli barangan keperluan utama ketika Taufan Ida yang dikategorikan taufan thapa empat bakal melanda selatan Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh terdekat.

Agensi meteorologi AS meramalkan paras laut akan meningkat dan hujan lebat yang mencetuskan banjir selepas Ida membadai barat Cuba sebagai taufan katageori satu semalam.

Taufan itu membawa angin kencang sekuat 130 kilometer sejam.

“Masa untuk bertindak sekarang. Taufan Ida dijangka membadai sebagai taufan kategori empat,” menurut Pusat Taufan Kebangsaan (NHC).

NHS meramalkan hujan lebat, banjir kilat dan tanah runtuh berlaku di Jamaica dan Kepulauan Caymands.

Louisiana pula mengisytiharkan darurat bagi menghadapi taufan tersebut yang dijangka melanda AS esok. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya