Amaran banjir besar di Henan, sesi persekolahan tangguh esok - Utusan Malaysia

Amaran banjir besar di Henan, sesi persekolahan tangguh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Dua bandar di wilayah tengah China, Henan mengeluarkan amaran banjir besar hari ini dan agensi tempatan diarahkan bersiap sedia menghadapi hujan lebat.

Hab Pengangkutan di Xingyang dan Changyuan meningkatkan tahap tindak balas kawalan banjir daripada tahap I hingga II serta amaran kemungkinan menyebabkan empangan pecah dan banjir serentak luar biasa.

Hujan lebat di Henan bulan lalu menyebabkan banjir sehingga mengorbankan lebih 300 nyawa dan operasi pengeluaran di semua kilang ditangguhkan.

Xingyang dan Changyuan berada di kawasan paling teruk dilanda banjir bulan lalu.

Amaran merah mengenai hujan lebat bagi beberapa wilayah dengan taburan hujan dijangka melebihi 100 milimiter dalam tempoh tiga jam.

Kebanyakan bandar di wilayah itu mengumumkan penangguhan sesi persekolahan, pengangkutan awam, kilang dan aktiviti perniagaan sehingga petang esok.-REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN