Alibaba pecat 10 pekerja dedah serangan seksual - Utusan Malaysia

Alibaba pecat 10 pekerja dedah serangan seksual

KUMPULAN Alibaba. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Syarikat Alibaba Group Holding Ltd. memecat 10 pekerja kerana mendedahkan tuduhan serangan seksual seorang rakan kerja wanita yang dibuat terhadap seorang bekas pengurus.

Ini dilaporkan Bloomberg News semalam, memetik individu yang mengetahui hal tersebut.

Berita Mediacorp memetik Reuters melaporkan, syarikat itu memecat 10 pekerja tersebut kerana berkongsi petikan layar catatan wanita berkenaan di wadah yang menunjukkan identiti mereka.

Para pekerja itu dipecat kerana melanggar dasar-dasar yang menentang perihal mendedahkan kandungan di forum pekerja, lapor Bloomberg, memetik kenyataan para individu yang mengetahui perkara tersebut.

Sementara itu, tiga lagi pekerja ditegur kerana membuat komen tidak sesuai di forum awam tersebut, menurut laporan itu.

Alibaba enggan mengulas tentang laporan tersebut.

Seorang kakitangan wanita memuat naik catatan pengalamannya sepanjang 11 muka surat di intranet Alibaba pada awal Ogos lalu.

Beliau menuduh pengurus serta seorang pelanggan pernah melakukan serangan seksual terhadapnya.

Beliau menambah para pegawai atasan dan jabatan sumber manusia tidak memandang serius terhadap perkara itu dalam tempoh lima hari sejak melaporkan insiden tersebut.

Alibaba memecat pengurus yang dituduh melakukan serangan seksual tetapi dikecam oleh media tempatan kerana tidak bertindak sehingga penuduh membuka mulut kepada awam.

Syarikat e-dagang itu memutuskan untuk memecat 10 pekerja selepas selesai menjalankan siasatan dalaman dan tidak mengumumkan keputusan muktamad hasil siasatan tersebut secara terbuka, lapor Bloomberg.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN