Alami kerugian lebih RM45,000 rumah dimasuki lembu - Utusan Malaysia

Alami kerugian lebih RM45,000 rumah dimasuki lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASMANIA: Keadaan di sebuah rumah milik seorang wanita menjadi kucar-kacir selepas diceroboh dua ekor lembu dalam satu kejadian, di sini baru-baru ini.

Insiden itu menyaksikan dua lembu berkenaan yang diberikan nama SOP dan Bandit merosakkan perabot milik Chelsea Hingston dan mengotori permaidani dengan membuang najis di atasnya.

Kejadian itu berlaku selepas Hingston pulang dari menghantar anaknya bermain di taman permainan.

Wanita itu pada mulanya mendapati pintu rumahnya terbuka luas, pasu bunganya pecah sebelum masuk ke dalam kediamannya dan mendapati keadaan  ‘amat teruk’.

Dua ekor lembu tersebut adalah haiwan ternakan Hingston dan keluarganya.

“SOP dan Bandit ‘tidak larikan diri’ apabila saya tiba di rumah, sebaliknya mereka buat tidak tahu dengan apa yang berlaku.

“Saya berasa marah kerana kami baru sahaja membeli rumah itu pada tahun lalu, namun perkara sudah berlaku,” katanya.

Jelas Hingston, pagar kandang lembu tersebut dipercayai patah selepas dilanda ribut pada malam sebelum kejadian, menyebabkan dua haiwan itu keluar dan pecah masuk rumahnya.

Wanita itu memberitahu, dia dan suaminya mengalami kerugian kira-kira AU$15,000 (RM45,575) atas kerosakan yang dilakukan oleh dua lembu ternakannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN