84 cedera tunjuk perasaan memperingati tragedi letupan Beirut - Utusan Malaysia

84 cedera tunjuk perasaan memperingati tragedi letupan Beirut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Seramai 84 orang cedera dalam pertempuran antara pasukan polis anti rusuhan dan penunjuk perasaan ketika demonstrasi memperingati tragedi letupan Pelabuhan Beirut, tahun lalu.

Portal berita Elnashra melaporkan jumlah itu didedahkan oleh Persatuan Palang Merah Lubnan.

Ribuan penduduk menyertai demonstrasi berhampiran Parlimen di pusat bandar Beirut dengan menuntut `kekebalan politik’ dimansuhkan dan menjalankan siasatan telus terhadap tragedi letupan yang menyaksikan 214 orang maut dan lebih 6,000 cedera.

Setahun selepas insiden itu, tiada dalang mahupun mana-mana pegawai kanan dikesan terlibat dalam tragedi letupan itu setakat ini.

Ia turut mencetuskan kemarahan dalam kalangan penduduk Lubnan ketika negara itu mengalami krisis kewangan.

Letupan Pelabuhan Beirut berpunca daripada penyimpanan bekalan ammonium nitrat secara tidak selamat selama beberapa tahun. – XINHUA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya