56,000 hektar hutan terbakar di Greece  - Utusan Malaysia

56,000 hektar hutan terbakar di Greece 

PENDUDUK tempatan berjalan di kampung Gouves, Pulau Euboea, Greece yang dilatari kebakaran hutan. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATHENS: Sistem Maklumat Kebakaran Hutan Eropah memaklumkan lebih 56,000 hektar hutan terbakar dalam tempoh 10 hari di negara itu. 

Lapor BBC, ribuan penduduk terpaksa menyelamatkan diri dari rumah mereka di sebahagian kawasan di negara itu manakala, lebih 1,000 anggota bomba dikerahkan bagi mengawal kebakaran. 

Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis berkata, bencana itu ibarat ‘musim panas malam’ ketika kebakaran hutan terus merosakkan negara.

Greece berdepan gelombang haba paling buruk sejak 30 tahun lalu. 

Pihak berkuasa memberi amaran risiko kebakaran lebih teruk di kebanyakan kawasan termasuk Athens dan Crete.

Kebakaran hutan turut memusnahkan berpuluh-puluh haiwan liar dalam tempoh 24 jam lalu melibatkan pulau kedua terbesar, Evia dan Arkadia serta Olympia.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya