40 mayat mangsa bunuh junta tentera ditemukan di barat laut Myanmar - Utusan Malaysia

40 mayat mangsa bunuh junta tentera ditemukan di barat laut Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Duta Myanmar ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kyaw Moe Tun ‘mengingatkan’ badan dunia itu mengenai laporan ‘pembunuhan beramai-ramai’ yang dilakukan oleh junta tentera negara ini.

Menerusi surat yang dihantar kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, Moe Tun memberitahu, sebanyak 40 mayat ditemukan di pekan Kani di barat laut Myanmar pada bulan lalu.

Jelasnya, junta tentera dipercayai menyeksa dan membunuh 16 lelaki di sebuah perkamoungan di Kani pada 9 dan 10 Julai lalu, selepas 10,000 penduduk lari meninggalkan kawasan itu.

Moe Tun memberitahu, sebanyak 13 mayat ditemukan beberapa hari kemudian berikutan pertempuran antara pejuang etnik dengan junta tentera pada 26 Julai lalu.

“Sebanyak 11 lagi lelaki termasuk kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun dibunuh serta dibakar dalam kejadian berasingan pada 28 Julai lalu.

“Kita tidak boleh biarkan tentera terus melakukan kekejaman ini di Myanmar. Sudah tiba masanya PBB untuk ambil tindakan,” katanya.

Biarpun sudah dipecat oleh junta, Moe Tun masih meneruskan khidmatnya sebagai Duta Myanmar ke PBB, selain PBB turut mengiktiraf jawatannya.

Hal ini kerana, rampasan kuasa yang berlaku di Myanmar sejak Februari lalu tidak diiktirah oleh mana-mana pertubuhan dunia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya