2 maut, puluhan cedera kereta api bertembung - Utusan Malaysia

2 maut, puluhan cedera kereta api bertembung

DUA kereta api penumpang bertembung di barat Republik Czech. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRAGUE: Dua orang maut dan puluhan lagi cedera selepas dua kereta api bertembung di sebuah kampung di bahagian barat Republik Czech.

Menurut polis, kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 8 pagi (waktu tempatan) di Milavce.

“Kami mengesahkan dua orang maut dan puluhan cedera di tempat kejadian.

“Kami sedang membantu proses pemindahan mangsa,” kata polis menerusi Twitter.

Menurut jurucakap pasukan penyelamat wilayah Plzen, Maria Svobodova, ketika ini seramai 31 mangsa yang mengalami cedera ringan sedang menerima rawatan.

“Tujuh mangsa berada dalam keadaan kritikal dan dua orang meninggal dunia,” katanya kepada iRozhlas.cz.

Kereta api EX351 dalam perjalanan dari Munich ke Prague bertembung dengan sebuah kereta api perkhidmatan antara bandar Plzen dan Domazlice.

Menteri Pengangkutan Czech, Karel Havlicek berkata, kereta api EX 351 didapati gagal mematuhi isyarat dan merempuh sebuah kereta api lain.

“Keadaan amat serius,” kata Havlicek ketika menuju ke lokasi kejadian.

Julai tahun lalu, dua kemalangan kereta api yang berlaku di Republik Czech mengorbankan tiga orang dan puluhan yang lain cedera. –  AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya