18 pendatang mati lemas di perairan Libya - Utusan Malaysia

18 pendatang mati lemas di perairan Libya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TRIPOLI: Seramai 18 pendatang dilaporkan mati lemas selepas bot yang mereka naiki karam di perairan Libya, kata pengawal pantai.

Ia merupakan tragedi terbaharu membabitkan kumpulan pendatang menyeberangi Laut Mediterranean yang berbahaya untuk ke Eropah.

Seorang pegawai pengawal pantai di pelabuhan Zuwara berkata, kapal penyelamat berjaya menyelamatkan 51 mangsa daripada kapal yang karam pada Ahad lalu.

Pelabuhan Zuwara terletak kira-kira 120 kilometer (km) di barat Tripoli.

Menurut pegawai, berdasarkan maklumat daripada mangsa yang selamat, kesemua 18 pendatang yang meninggal dunia merupakan warga Mesir.

Sebelum ini, Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) melaporkan seramai 16 pendatang termasuk seorang wanita dan kanak-kanak hilang.

Setakat ini, punca bot karam masih belum diketahui.

Hampir 970 pendatang dilaporkan maut ketika cuba merentas ke Eropah dari Libya menerusi laluan laut sejak awal tahun ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya