120 universiti AS isytihar Israel negara apartheid - Utusan Malaysia

120 universiti AS isytihar Israel negara apartheid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pusat Penyelidikan bagi Kajian Jantina mendedahkan sebanyak 120 universiti di Amerika Syarikat mengisytihar Israel sebagai negara apartheid.

Menerusi kenyataan seperti yang dilihat oleh Days of Palestin, pusat itu menggesa semua aktivis wanita untuk turut sama menyertai usaha membebaskan Palestin dari cengkaman Zionis Israel.

Kenyataan itu turut mengutuk pengusiran penduduk Palestin secara paksa di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah.

Mereka turut bersatu mengecam pencerobohan tentera Israel di Masjid Al-Aqsa setiap hari serta melakukan tembakan sembarangan di Semenanjung Gaza.

Apartheid adalah salah satu daripada bahasa Afrika Selatan, yang bermaksud ‘keadaan pemisahan’. Ia merujuk kepada sistem diskriminasi secara ras dan pengasingan kaum yang telah didirikan di Afrika Selatan. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN