10 maut, puluhan terperangkap tanah runtuh di utara India - Utusan Malaysia

10 maut, puluhan terperangkap tanah runtuh di utara India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan hampir 30 lagi terperangkap di bawah timbunan tanah dalam insiden tanah runtuh yang berlaku di daerah Himalaya, utara India.

Lapor BBC, bongkah batu yang jatuh secara mendadak menghempap sebuah bas, trak serta kenderaan lain sepanjang jalan raya di Himachal Pradesh.

Pegawai berkata, situasi itu menyukarkan lagi operasi mencari dan menyelamat.

Insiden tanah runtuh itu berlaku di sebuah jalan raya di daerah Kinnaur.

Setakat ini, punca kejadian itu masih belum dikenal pasti.

Berdasarkan laporan media tempatan, lima orang berjaya diselamatkan manakala kira-kira 30 lagi masih terperangkap.

Pasukan Polis Sempadan Indo-Tibet telah dikerahkan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat.

Pasukan Bertindak Bencana kebangsaan (NDRF) India juga berada dalam keadaan bersiap siaga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN