WHO kecewa dengan sikap penonton Euro 2020 - Utusan Malaysia

WHO kecewa dengan sikap penonton Euro 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menzahirkan kekecewaan mengenai sikap penonton Euro 2020 yang tidak mematuhi protokol kesihatan ketika pandemik Covid-19 masih belum reda.

Keadaan itu termasuk ketika para penonton menyaksikan perlawanan akhir melibatkan pasukan England menentang Itali semalam.

Pakar epidemiologi WHO, Maria Van Kerkhove berkata, situasi menyaksikan lebih 60,000 penonton Euro 2020 tidak mematuhi protokol Covid-19 amat mengecewakan dan menyedihkan.

“Adakah saya perlu berasa gembira melihat penularan Covid-19 di depan mata saya?

“Pandemik Covid-19 tidak akan berehat malam ini. Varian Delta akan menyerang mereka yang belum menerima vaksin, terutamanya di tempat sesak, tidak memakai pelitup muka, termasuk mereka yang menjerit, bersorak dan menyanyi. Ini amat mengecewakan,” tulisnya dalam Twitter.

Perdana Menteri Britain, Boris Jonhson sebelum ini memberi jaminan bahawa 60,000 penonton yang hadir menyaksikan perlawanan Euro akan sentiasa mematuhi protokol kesihatan, selain yakin vaksin sudah membentuk ‘tembok perlindungan’.

Secara global, kes jangkitan Covid-19 meningkat dengan lebih 2.67 juta kes baharu direkodkan di seluruh dunia pada minggu lalu.

Eropah menunjukkan peningkatan drastik iaitu sebanyak 30 peratus dan lebih empat juta penduduk dunia maut akibat virus tersebut. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN