Wanita diikat dengan pita pelekat selepas cuba buka pintu pesawat - Utusan Malaysia

Wanita diikat dengan pita pelekat selepas cuba buka pintu pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALLAS: Seorang penumpang wanita terpaksa diikat dengan pita pelekat sepanjang penerbangan selepas dia didakwa cuba membuka pintu pesawat.

Video yang dimuat naik dalam apliksi TikTok oleh seorang penumpang lain itu menunjukkan wanita terbabit duduk di atas kerusi sambil badan serta tangannya diikat dengan pita pelekat.

Kejadian tersebut berlaku ketika pesawat American Airlines itu dalam penerbangan dari Dallas ke Charlotte, baru-baru ini.

Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan memaklumkan wanita tersebut cuba membuka pintu depan pesawat dan menyerang kru kabin.

Video itu juga menunjukkan kru kabin bergegas ke arah wabita tersebut dan cuba menenangkannya sebelum dia terpaksa diikat.

Penumpang yang merakam video tersebut, Arienna Mathena berkata, mereka terdengar suara wanita menjerit namun tidak dapat dipastikan apa yang berlaku kerana kru kabin cuba menenangkan keadaan.

Kemudian, mereka dimaklumkan seorang penumpang wanita di kelas pertama cuba membuka pintu pesawat dan menyerang kru.

Sehubungan itu, wanita tersebut terpaksa diikat sehingga pesawat mendarat dan dia menerima rawatan perubatan.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya