GAZA: Pasukan tentera rejim Zionis melancarkan serangan terhadap kem tentera dipercayai milik Hmas di selatan Semenanjung Gaza.
The Jerusalem Post melaporkan, jet pejuang tentera rejim menyerang pangkalan tentera yang menempatkan beberapa bangunan dipercayai digunakan Hamas.
VIDEO dari Twitter yang menunjukkan serangan tentera udara rejim Zionis di Gaza.
Tentera rejim memberitahu, tindakan itu dilancarkan sebagai membalas serangan belon api yang dilakukan penduduk Palestin yang menyebabkan kebakaran di wilayah Eshkol.
Selain itu tentera rejim turut mengumumkan tindakan mengecilkan zon tangkapan ikan di Gaza, daripada 12 batu nautika kepada enam batu nautika.










