Uzbekistan angkat kebebasan media - Utusan Malaysia

Uzbekistan angkat kebebasan media

PRESIDEN Uzbeksitan, Shavkat Mirziyoyev berinteraksi dengan media. - KEDUTAAN UZBEKISTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dalam memastikan kebebasan menyampaikan pandangan dan operasi agensi media yang efektif, lebih 20 undang-undang berkaitan sektor itu diperkenalkan di Uzbekistan. 

Antaranya termasuk undang-undang ‘Keterbukaan Aktiviti Pihak Berkuasa Awam dan Pentadbiran’,’Jaminan dan Kebebasan Akses Maklumat serta ‘Perlindungan terhadap Aktiviti Profesional Pengamal Media’. 

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Duta Uzbekistan di Malaysia, Ravshan Usmanov menjelaskan rangka kerja berskala besar sudah dilakukan negara itu bagi memastikan kebebasan menyampaikan pandangan, akses terhadap maklumat serta pembangunan sektor media. 

Katanya, sebahagian daripada usaha liberalisasi media dan perlindungan hak wartawan, perubahan serta penambahan dibuat terhadap undang-undang ‘Media Massa’ dan ‘Perlindungan Aktiviti Profesional Wartawan’ pada 18 April 2018. 

“Pada 2019, Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev membuat keputusan terhadap pembangunan aktiviti media di badan-badan negeri dengan memastikan keterbukaan terhadap orang ramai, hubungan rapat dengan media, wartawan dan penulis blog.  

“Selain itu, media dan masyarakat perlu diberitahu segera mengenai isu semasa serta menaikkan status setiausaha akhbar ke peringkat timbalan ketua organisasi,” katanya. 

Buat masa ini, lebih 600 setiausaha akhbar menjalankan aktiviti pembekalan maklumat di Uzbekistan. 

Jelas Ravshan, lebih daripada separuh maklumat berita dalam talian dibentuk melalui kerjasama perkhidmatan akhbar oleh badan-badan negeri. 

Menurutnya, sejak lima tahun kebelakangan ini, jumlah media berdaftar menyaksikan peningkatan daripada 352 kepada 1,866 dengan 630 daripadanya adalah media dalam talian. 

Pada masa sama, terdapat lebih 1,300 pengguna yang menggelarkan diri mereka sebagai penulis blog serta terlibat aktif dalam aktiviti media. 

“Sebagai kesimpulan, dapat dilihat agenda moden Uzbekistan merangkumi langkah-langkah aktif untuk memastikan kebebasan bersuara, pembangunan media serta terbuka menjalinkan kerjasama yang bermanfaat dengan negara luar serta organisasi antarabangsa,” jelasnya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN