Umat Islam Kashmir dilarang laksana ibadah korban - Utusan Malaysia

Umat Islam Kashmir dilarang laksana ibadah korban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KASHMIR: Pemerintah India mengeluarkan arahan kontroversi selepas melarang penduduk Islam di Kashmir menyembelih lembu, unta atau haiwan lain.

Lapor Arab News, pemerintah setempat memberi amaran mengenai tindakan tegas terhadap individu yang melanggar arahan tersebut menjelang ibadah korban semasa Hari Raya Aidiladha esok.

Larangan menjalankan ibadah korban sepanjang perayaan Aidiladha menimbulkan kemarahan dalam kalangan 70 peratus penduduk Islam di Kashmir.

Umat Islam melihat larangan tersebut sebagai usaha untuk menghapuskan identiti mereka.

Jurucakap Hak Asasi Manusia, Srinagar Habeel berkata perintah tersebut bertentangan Fasal 14 Perlembagaan India yang menjamin perlakuan yang sama dan bertentangan Fasal 25 dan 26 yang menjamin kebebasan beragama.

Jelasnya, larangan itu menyasarkan komuniti tertentu dan sebagai serangan terhadap kebebasan beragama di Kashmir.

Sementara itu, pihak berkuasa di Kashmir yang kini dikuasai India berkata, tiada larangan ibadah korban sehari selepas pemerintah meminta penguat kuasa undang-undang menghentikan aktiviti penyembelihan haiwan.

Pejabat Kanan Pemerintah, Sharma mendakwa komunikasi sebelum ini disalahertikan dan pemerintah berusaha mencegah kekejaman semasa perayaan itu.

“Surat itu dikirim ke badan-badan penguat kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang Majlis Kesejahteraan Haiwan bagi mencegah kekejaman binatang kerana pada waktu itu berlaku penyembelihan besar-besaran haiwan,” jelasnya kepada portal berita tempatan, The Kashmir.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN