Togo: Lanun kena penjara antara 12 hingga 20 tahun - Utusan Malaysia

Togo: Lanun kena penjara antara 12 hingga 20 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOME: Sembilan lanun yang cuba merampas sebuah kapal tangki minyak di luar pantai Togo dua tahun lalu, dijatuhi hukuman penjara antara 12 hingga 20 tahun.

Lapor BBC, lanun tersebut terdiri daripada tujuh warga Nigeria, dua orang dari Togo dan seorang penduduk Ghana.

Kesemua individu itu didakwa telah menyerang dan merompak sebuah kapal tangki minyak.

Dilaporkan, warga dari Togo ketika ini sedang diburu selepas waran tangkap antarabangsa dikeluarkan terhadap mereka.

Ini merupakan kali pertama lanun dibicarakan di Togo.

Kebanyakan kegiatan lanun dan rompakan di Teluk Guinea dilakukan oleh warga Nigeria yang menyerang kapal komersial serta menculik anak kapal untuk dijadikan tebusan.

Tahun lalu, kira-kira 96 peratus kes penculikan membabitkan anak kapal berlaku di wilayah berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN