Thailand eksport durian ke China guna kereta api - Utusan Malaysia

Thailand eksport durian ke China guna kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Persatuan Pengeluar Durian Thailand menggesa kerajaan menangani masalah kesesakan yang menjejaskan eksport ‘raja buah’ itu dengan menghubungkan rangkaian kereta api negara bersama
kereta api Laos-China.

Lapor Nation Thailand, projek kereta api Laos-China yang dijangka siap 2024, berpotensi menawarkan laluan penghantaran bekalan buah durian itu ke China.

Bagaimanapun, Pengerusi persatuan, Phanusak Saiphanich berkata, setakat ini, tiada laluan yang menghubungkan rangkaian kereta api Thailand dan Laos-China.

Justeru, beliau mendesak kerajaan mencapai perjanjian dengan Laos bagi menghubungkan laluan kereta api kedua-dua negara.

Thailand ketika ini mengeksport durian ke China menerusi laluan laut dan jalan raya.

Menurut Phanusak, pengeluar durian masih bergelut untuk memenuhi permintaan buah raja itu yang se-
makin meningkat di China meskipun ketika ini mengeluarkan dalam jumlah besar.

“Warga China makan kira-kira dua kilogram (kg) durian seorang setiap tahun.

“Malah, pasaran durian boleh dikembangkan lagi namun akan ada masalah dengan penghantarannya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN