Tak pakai coli punca masalah kesihatan? - Utusan Malaysia

Tak pakai coli punca masalah kesihatan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Ramai golongan wanita mempercayai melakukan aktiviti tanpa memakai pakaian dalam akan memberikan kesan kepada payu dara.

Lapor Kompas.com, Pakar Kesihatan Payu Dara, Cassann Blake berkata, tiada kesan negatif terhadap kesihatan sekiranya tidak memakai coli.

“Ramai wanita percaya jika tidak memakai coli boleh menyebabkan kanser payudara.

“Faktanya, memakai coli atau tidak, sama sekali tidak mendatangkan risiko tersebut,” jelasnya.

Bagaimanapun, Cassann berkata, bagi golongan yang memiliki payu dara besar, sebaiknya memakai pakaian dalam itu.

Katanya, pemakaian itu dapat membantu meringankan atau mencegah sakit punggung kerana saiz payu daya yang besar.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan ramai wanita memakai bra dengan ukuran yang salah.

“Ketika anda memakai ukuran yang salah, terutamanya jika mengenakan bra underwire boleh menyebabkan rasa sakit,” katanya.

Cassann berkata, ada baiknya wanita memakai sport bra ketika melakukan aktiviti lasak kerana membantu mengurangkan pergerakan payu dara.

Jelasnya, seseorang boleh mengalami sakit payu dara atau punggung ketika payu dara banyak bergerak.

Oleh itu, beliau menasihatkan sekiranya mengalami sakit payu dara di kawasan tertentu untuk berjumpa dengan pakar kesihatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.