Sumbangan vaksin Covid-19 dari EU baru cecah 3 peratus - Utusan Malaysia

Sumbangan vaksin Covid-19 dari EU baru cecah 3 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) setakat ini baru menyumbang sejumlah kecil vaksin Covid-19 ke negara miskin.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh, negara EU hanya menyumbang sebanyak tiga peratus daripada 160 juta dos vaksin yang dijanjikan.

Kebanyakan vaksin yang dijanjikan itu merupakan keluaran AstraZeneca.

Sama seperti negara kaya yang lain, EU juga mengutamanan pembelian vaksin untuk diberikan kepada penduduk sendiri dalam usaha mengawal jangkitan Covid-19.

Blok EU setakat ini sudah menerima kira-kira 509 juta dos vaksin dari pihak pengeluar dan dijangka bertambah sehingga satu bilion pada hujung September ini.

Sehingga 13 Julai lalu, negara EU sudah menyumbang kurang dari empat juta dos vaksin kepada negara yang memerlukan.

EU dalam pada itu tidak memaklumkan negara yang bakal menerima sumbangan vaksin dari mereka. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN