Selepas India, kini Indonesia pula jadi lubuk Covid-19 di Asia - Utusan Malaysia

Selepas India, kini Indonesia pula jadi lubuk Covid-19 di Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia merekodkan sebanyak 54,517 kes jangkitan Covid-19 baharu semalam dan jumlah itu dijangka terus bertambah dari semasa ke semasa sehingga ‘melayakkan’ negara ini mengatasi India yang sebelum ini hampir lumpuh akibat koronavirus.

‘Pencapaian’ itu juga secara tidak langsung menjadikan Indonesia sebagai lubuk baharu pandemik Covid-19 di rantau Asia.

CNN memetik Antara News melaporkan, kira-kira 90,000 daripada 120,000 katil hospital di negara ini sudah penuh, selain semakin banyak hospital mengalami kekurangan bekalan oksigen.

Lebih 60 orang maut dalam bulan ini selepas sebuah hospital di Jawa kekurangan bekalan oksigen.

Kumpulan pakar berpendapat, apa yang berlaku di Indonesia ketika ini adalah ‘akibat’ daripada sikap kerajaan yang enggan melaksanakan perintah berkurung dengan lebih cepat, selain sistem saringan Covid-19 yang tidak efektif.

Kerajaan Indonesia juga bertungkus-lumus memastikan sebahagian besar penduduk sudah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Setakat ini, hanya 5.5 peratus daripada jumlah populasi Indonesia iaitu kira-kira 270 juta penduduk sudah menerima vaksin.

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) berharap vaksin menjadi jalan penyelesaian kepada krisis Covid-19 di negara ini.

Pada Selasa lalu, hampir 3.5 juta dos vaksin AstraZeneca tiba di negara ini menerusi program COVAX, menjadikan jumlah keseluruhan vaksin yang sudah diterima sebanyak 14 juta dos.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya