LONDON: Selang masa yang lama antara dos suntikan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer boleh meningkatkan tahap antibodi brbanding tempoh yang lebih pendek.
Kajian yang dilakukan kumpulan penyelidik di Universiti Oxford itu secara tidak langsung boleh meningkatkan strategi vaksinasi menentang varian Delta.
“Peneutralan tahap antibodi selepas pemberian vaksin dos kedua lebih tinggi sekiranya selang masa dari dos pertama dilakukan lebih lama.
“Peneutralan antibodi memainkan peranan penting dalam meningkatkan imuniti menentang koronavirus, namun bukanlan secara keseluruhan, selain sel-sel T turut memainkan peranan,” menurut kajian tersebut.
Sel T merupakan sel imun yang menyasarkan virus Sars-Cov-2 secara lebih spesifik.
Kajian itu dijalankan terhadap 503 petugas perubatan di Britain dan memberi hipotesis awal bahawa ketika dos kedua diperlukan untuk perlindungan penuh bagi menentang Delta, melambatkan atau menangguhkan pemberian dos kedua vaksin boleh meningkatkan imuniti.
Pada Disember lalu, Britain melanjutkan selang masa antara dos vaksin sehingga 12 minggu, walaupun Pfizer memberi amaran tiada bukti menunjukkan kaedah itu lebih berkesan berbanding selang masa selama tiga minggu.
Britain kini mencadangkan selang masa antara dos vaksin sehingga lapan minggu bagi memberi perlindungan lebih tinggi terhadap penduduk. – REUTERS