Sekolah UAE cipta pingat paling besar di dunia - Utusan Malaysia

Sekolah UAE cipta pingat paling besar di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Sebuah sekolah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mencipta Rekod Dunia Guinness apabila menghasilkan pingat sebesar 63 kaki persegi atau 5.9 meter, sekali gus menjadi pingat terbesar di dunia.

Sekolah Antarabangsa India Abu Dhabi mengumumkan, pingat seberat 2,199 kilogram atau 2.4 tan itu dihasilkan sempena ulang tahun kelima sekolah berkenaan dan kemerdekaan ke-50 UAE.

Pingat gergasi itu direka oleh pelajar dan guru di sekolah terbabit dengan menampilkan simbol bendera UAE dan mercu tanda Abu Dhabi.

Pingat tersebut sudah diperiksa pegawai Guinness dan diiktiraf sebagai paling besar di dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN