Sekolah Sookses dibina untuk murid miskin - Utusan Malaysia

Sekolah Sookses dibina untuk murid miskin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sebuah pusat pendidikan tidak formal, ‘Sokses Sookses’ di kampung Grogol disediakan kepada kanak-kanak yang datang dari keluarga miskin yang berdepan kesukaran ketika pandemik Covid-19.

Lapor Suara.com, Naif Haqsan berkata, kebanyakan ibu bapa mengalami masalah dibuang kerja dan segelintir mereka mati akibat Covid-19.

Disebabkan itu, mereka tiada punca pendapatan dan terpaksa memikirkan untuk meneruskan persekolahan anak mereka.

Katanya, dia menjadikan dua bilik kelas sementara di kawasan perumahan Grogol.

Jelasnya, disebabkan situasi sekarang, Sekolah Sookses hanya menerima murid tadika dalam anggaran umur tiga hingga enam tahun.

“Dengan memulakan sesi persekolahan kepada murid-murid tadika, diharapkan mereka mempunyai ilmu pengetahuan yang dapat menjadi bekalan pada masa depan.

“Pendidikan yang diberikan di sini adalah gabungan kuriukulum tempatan dan antarabangsa. Jadi, murid-murid berlatarbelakangkan keluarga miskin akan menerima pendidikan sama seperti murid di tadika yang mahal,” jelasnya.

Seramai lima guru bertugas di sekolah itu dengan bilangan murid seramai 43 orang.

Tenaga pengajar yang dipilih mestilah mempunyai sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN