Rusia tolak laksana perintah berkurung sekali lagi - Utusan Malaysia

Rusia tolak laksana perintah berkurung sekali lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Kerajaan Rusia tidak bercadang untuk melaksanakan perintah berkurung baharu walaupun kadar kes jangkitan Covid-19 di negara ini terus meningkat dari semasa ke semasa.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata, tiada sesiapa yang mahukan perintah berkurung dilaksanakan, termasuk penduduk di negara ini.

“Isu ini (perintah berkurung) bukan untuk didebatkan dan tidak akan dibincangkan.

“Inilah sebab kita semua perlu menerima suntikan vaksin Covid-19 dalam kadar segera,” katanya.

Sejak beberapa hari lalu, kes jangkitan di Rusia terus menunjukkan trend peningkatan, malah merekodkan sebanyak 679 kematian dalam tempoh 24 jam.

Rusia yang menjadi negara kelima dunia paling teruk terjejas akibat Covid-19 kini berdepan dengan penularan jangkitan yang disebabkan oleh varian Delta. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya