Rumah terbakar masak stik dalam pembakar roti - Utusan Malaysia

Rumah terbakar masak stik dalam pembakar roti

SEORANG lelaki di New Zealand hampir kehilangan rumahnya dalam kebakaran selepas masak stik dalam alat pembakar roti. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AUCKLAND: Gara-gara ingin memasak daging stik dengan segera menggunakan alat pembakar roti, seorang lelaki hampir kehilangan rumahnya dalam kebakaran.

Lapor Daily Star, lelaki itu didakwa memasukkan dua keping daging stik ke dalam pembakar roti kemudian membiarkannya.

Lelaki itu didakwa pergi ke kedai bagi membeli makanan sampingan untuk dimakan bersama stik tersebut.

Namun, setelah pulang, lelaki itu mendapati sebahagian rumahnya terbakar dengan api menjulang tinggi.

Insiden itu menyebabkan lelaki tersebut mengalami kerugian besar dan menggesa syarikat insurans membayar pampasan maksimum untuk membolehkan dia membaiki rumahnya.

Lelaki itu dilaporkan menerima bayaran ganti rugi sebanyak NZ$418,000 (RM1.2 juta) iaitu jumlah maksimum mengikut polisi insurans yang diambilnya.

Bagaimanapun, lelaki itu tidak berpuas hati dengan bayaran tersebut dan meminta syarikat insuransnya menambah lagi NZ$200,000 (RM583,825).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya