Ribuan penduduk Athens protes terhadap program vaksinasi - Utusan Malaysia

Ribuan penduduk Athens protes terhadap program vaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATHENS: Lebih 5,000 peserta protes anti-vaksin dengan beberapa daripada mereka mengibarkan bendera Greek berhimpun di Athens bagi menentang program vaksinasi Covid-19.

Peserta protes menjerit ‘ambil vaksin anda dan sila keluar dari sini!’ serta menggesa Perdana Menteri, Kyriakos Mitsotakis untuk meletakkan jawatan.

Orang ramai berhimpun di luar bangunan Parlimen dengan kawalan ketat pasukan polis.

Himpunan itu merupakan protes terbesar pernah dianjurkan bagi menentang program suntikan vaksin di negara itu.

Hasil tinjauan oleh Pulse untuk Skai TV baru-baru ini mendapati kebanyakan penduduk Greek mahu menerima vaksin dan majoriti menyokong vaksinasi wajib untuk beberapa golongan penduduk.

Kira-kira 41 peratus penduduk sudah menerima vaksin sepenuhnya.

Isnin lalu, pihak kerajaan memerintahkan vaksinasi wajib kepada petugas kesihatan dan staf di rumah penjagaan berikutan lonjakan kes jangkitan Covid-19 semasa musim pelancongan tiba.

Lebih 444,700 orang sudah menerima jangkitan sejak pandemik Covid-19 bermula dengan 12, 782 individu maut.

Negara yang mempunyai seramai 11 juta penduduk itu merekodkan jangkitan kes baharu sebanyak 3,000 kes.

Seorang pakar kardiologi, Faidon Vovolis berkata, setiap orang mempunyai hak untuk memilih.

“Kami memilih bahawa kerajaan tidak memilih untuk kami,” katanya. -REUTERS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN